Siapa Kami ?

Bermula dengan sebuah kedai runcit di Permatang Pauh pada tahun 1950 yang diasaskan oleh Zakaria Bin Omar, dalam masa menjalankan perniagaan kedai runcit secara tidak langsung menjalankan perniagaan membeli padi dan kelapa daripada penduduk dan petani Permatang Pauh, Pulau Pinang sekitar tahun 1955.

Selain itu, Zakaria bin Omar telah menjalinkan kerjasama dengan peniaga Cina dalam perniagaan runcit dan borong beras. Hasil penjualan yang mendapat sambutan dan memberangsangkan daripada pengguna, memberi keyakinan kepada Zakaria Bin Omar untuk menubuhkan syarikatnya sendiri. Pada 14hb Disember, 1981,  Kilang Beras Setia Jaya Sdn. Bhd. ditubuhkan untuk memproses padi dengan lebih efisyen.

Pada 3Ohb. Mac 2001 dengan rasminya Syarikat JUARA SELERA SDN.BHD. ditubuhkan sebagai syarikat pemborong & mengkampit beras dibawah Jenama JUARA LANGSAT untuk dipasarkan terus kepada pengguna serta sebagai langkah memperkembangkan operasi dan menerokai pasaran secara meluas keseluruh negara. 

Juara Selera Sdn. Bhd. 
Lot 1771, Sungai Bakau,
34200 Parit Buntar, 
Perak, Malaysia.

Tel : +604-5982144 / +604-5930771
Fax : +604-5982159