Pasaran

Syarikat Juara Selera Sdn. Bhd. tidak mengamalkan pemasaran sasaran kerana produk yang dikeluarkan, adalah barangan keperluan pengguna dan dikawal oleh kerajaan dari segi harga. Pengeluaran, pengagihan dan promosi yang digunakan sama sahaja kepada semua pembeli atau pengguna di seluruh negeri. 

Kini, Juara Selera Sdn. Bhd. telah berjaya menembusi pasaran hypermarket iaitu MYDIN, TESCO, PERNAMA dan AEON BIG. Oleh itu, Syarikat berhasrat untuk meluaskan pasaran ekoran dari pertumbuhan ekonomi yang mampan serta kestabilan, saiz pasaran dan KDNK yang mantap.

Juara Selera Sdn Bhd mempunyai kedudukan perniagaan yang begitu strategik. Lokasi lojistiknya terletak di Lot 177L, Jalan Sempadan, Sungai Bakau, Parit Buntar, Perak yang merupakan satu daerah pegeluaran padi yang dikenali sebagai Jelapang Padi Daerah Kerian. Berdekatan juga dengan Kompleks Padi Beras Nasional Berhad, Simpang Lima, Parit Buntar dan Gudang Bernas, Prai, Pulau Pinang di utara sebagai lokasi berdekatan untuk mendapatkan bekalan stok.